Salam. Musim-musim PKPB ni seperti biasa tak digalakkan makan di kedai rite. Even nak pi beli kadang risau orang ramai then belum tentu semua orang patuh SOP. Hehe alasan la sis ni kan? Semalam sis kena bekerja di office. No idea nak makan apa. Nak turun ke cafe, dah bosan dengan variety makanan yang ada. So decide order Grab Food je. Tu pun kat setengah jam pilih nak makan apa. Last-last Burger Ramly yang jadi pilihan. Sis pun order lah 1 set Burger Ayam with french fries.
Ginilah set burger Ramly bila order dari Grab Food. Complete dengan sos cili dan tomato beserta tisu ya. hehe.. Oh ya, jangan salah faham yang dalam cup tu bukan air tapi keropok lekor! haha.. Sis order extra keropok lekor saja wat kudap-kudapan di petang hari di office. Yela, since PKPB, office tak ramai orang. Makanya aircond menjadi lebih sejuk dari biasa. Bila dah sejuk memang mengundang perut untuk always berkeroncong. Tu yang sis standby beli keropok lekor. Ada 8 batang dalam 1 cup tu. Lupa nak snap gambar. Eh ada!
Sedap tau keropok lekor ni! Sangat lembut... Tak liat. Percentage ikan dia sangat banyak berbanding tepung. Puas lah makan.
Burger Ramly as usual tak pernah mengecewakan. Sis memang suka part mayonis meleleh camni. Ishhh tengok gambar pun dah terliur! haha.. Rasa nak order lagi tapi tak boleh. Kena seimbangkan pemakanan okeys. Kalau tempat uols ada kiosk/branch Ramly Burger ni bolehlah order melalui Grab (if any). Musim PKPB ni tak digalakkan sangat keluar ke mana-mana kan. Ramly Burger memang always the best!
Misya : Dulu pernah tak suka burger letak sayur.