Quantcast
Channel: www.aimisyahirah.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1991

Resipi Macaroni Goreng Simple dan Sedap

$
0
0

Salam semua. Beberapa hari lepas saya share Resipi Macaroni & Cheese. Kali ni tema macaroni juga tapi versi goreng yang simple dan sedap. If teringin nak makan dan cukup bahan-bahannya, boleh cuba. Yelah sometimes bosan juga asyik-asyik bab goreng ni, tak nasi, bihun, mee, kuetiow. Why not cuba goreng macaroni pula. Jom tengok sis share resipi yang sis modified sendiri. hehe..


Bahan-Bahan

Macaroni
Bawang Benggala (Hiris)
Bawang Putih (Ketuk)
Cili Kisar/Cili Giling
Perencah Bihun Goreng Adabi
Mix Vegetables (Carrot, Kacang Peas & Jagung)
Daging/Ayam Kisar Ramlee
Garam


Kaedah Memasak

1. First of all, rebuslah macaroni dulu. hehe. Kali ni tak perlu gaul macaroni dengan olive oil untuk tak bagi melekat. Sebab bila goreng nanti dah ada minyak memang automatik macaroni tak melekat.

2. Tumis bawang putih dan bawang benggala sehingga terbit aroma. Kemudian, masukkan 2 sudu cili kisar/giling (nak pedas lagi, tambah lagi) dan sepeket perencah bihun goreng jenama Adabi. Bolehlah nak letak sedikit air jika mahu. After cili dan rencah dah pecah minyak, bolehlah masukkan daging atau ayam kisar Ramlee.


3. Gaul semua bahan dan masukkan pula mix vegetables. Gaul semua bahan sehingga rata dan mendidih. Taburkan sedikit garam secukup rasa.


4. Akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus tadi.


5. Gaul sehingga semua bahan rata. Agak-agak dah mendidih, maka bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.







Misya : Menu PKPB.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1991