Quantcast
Channel: www.aimisyahirah.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1991

Pembunuh Along Spoon dihukum gantung sampai mati!

$
0
0
Salam. Melalui blogger Fendy, akhirnya pembunuh penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Rindu Serindu Rindunya, iaitu Along dari kumpulan Spoon dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan.
Along Spoon


PUTRAJAYA - Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.



Kes ini telah pun lama selesai sebenarnya. If anda masih kurang tahu bagaimana kronologi kes tragis ini boleh rujuk rentetan kes ini di bawah.




Cik Misya : Suka tengok drama/filem berkaitan  penyiasatan kes-kes misteri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1991