Salam. Rasanya kalau sebut Mamasab, warga Lembah Klang mesti familiar kan? Especially dengan produk bakery keluaran Mamasab. Actually just nak sharing my first time try beli kek Mamasab Bakery. Kebetulan craving pula nak makan kek creamy-creamy yummy gitu. So dalam group komuniti tempat sis memang ada agen Mamasab ni. Teruslah drop order. Petang tu juga sampai kek yang diidamkan depan pintu rumah. Kebetulan ada promo Combo 2 jenis kek dalam 1 pek. Memang rembatlah. Boleh rasa both flavours. Red Velvet Cheese dan Chocolate Moist.
Ginilah rupa kek Mamasab yang sis order. Tengok rupanya pun dah sangat tempting, tak sabar nak rasa. Sis memang suka tengok kek ada krim banyak camni. hehe..
Kotaknya pun comel je.

Bagusnya Mamasab ni dah dapat beberapa award daripada majalah NONA dan Superbrands. So, thats why kualiti produknya mendapat positive feedback.
See... Kek coklat moist nya bukan setakat ada kek dan krim tapi ada topping melt chocolate if tak silap. Ke caramel? I don't know exactly but the truth is memang sedap! Makan seketul kek ni pun dah rasa macam kat syurga. haha..
Red Velvet Chese pun sama juga ada extra topping kat bawah creamnya.Seriously sangat yummy!
Overall sis bagi 4/5 stars. Hehe.. Why less 1 star? Because kek nya kurang moist compare kek sama sis pernah rasa. Maybe ada sebab kot tak terlalu moist sebab perlukan delivery ke sana ke mari so nak bagi ianya lebih tahan lama. Yang lain dari segi rasa, size, ketebalan, topping semua memang tiptop! Uols bolehlah order from agent-agent Mamasab berhampiran. Confirm ada punya tu. Anytime je dorang boleh hantar. Sebab agennya ramai dan jualan Mamasab sendiri pun dah mencecah jutaan ringgit. Sangat bagus for those yang wat part time business di rumah. Really helpful for those yang nak jana side income. Moga Mamasab terus maju jaya..
Misya : Mama Erina dan Soffea.