Quantcast
Channel: www.aimisyahirah.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1991

Resipi Tomyam Santan Seafood

$
0
0

Salam. Sesekali menu makan malam di rumah pekena tomyam, syok juga. Kebetulan hari tu sis gi Kelate, beli perencah Tomyam dari Thailand yang orang selalu beli tu so sis trylah masak tomyam guna that perencah. Kali ni sis masak Tomyam Santan Seafood. Gambar kat bawah ni maybe kurang menarik tapi percayalah, rasa dia memang marvelous sampai licin pinggan sis, husband dan anak sis makan. Wakaka.. Done angkat bakul. :p Ok sis nak share resipi Tomyam Santan Seafood ni.


 Bahan-Bahan

1. Udang

2. Sotong

3. Isi Ayam (jika mahu)

4. Perencah Tomyam (Guna Adabi pun boleh)

5. 1/2 kotak santan

6. Serai

7. Daun Limau Purut

8. Limau Kasturi

9. Cendawan

10. Daun Ketumbar

11. Lengkuas


Kaedah Memasak

1. Tumiskan perencah tomyam dengan sedikit minyak.


2. Masukkan kepala udang, akar daun ketumbar (basuh bersih-bersih tau), serai dan lengkuas.



3. Selepas pecah minyak dan terbit aroma, bolehlah masukkah santan separuh kotak sahaja.


4. Then masukkan air sukatan terpulang nak kepekatan ikut citarasa masing-masing.


5. Agak-agak dah nak mendidih, bolehlah masukkan udang, sotong, ayam dan lain-lain bahan / seafood yang digemari. Boleh juga tambah cendawan atau carrot (tak digalakkan sebab nanti hilang rasa manis udang), baby corn dan lain-lain bahan yang disukai.



6. Perahkan asam limau dan taburkan daun limau purut. Nak lagi masam, letak lebih lagi.


7. Dah siap, bolehlah dihidangkan.


Lebih padu tomyam ni dimakan dengan sambal belacan, kangkung belacan dan telur dadar. With nasi panas-panas, perghhhhhhhhhhhh marvelousssss! hehehe..


Cuma sis prefer masak tomyam hanya menggunakan perencah tomyam Adabi. Baru kena dengan tekak sis sefamily. Tak boleh ngam la dengan perencah tomyam Thai ni. Nak acah-acah oversea kononnya tapi tak boleh pi orang Utara kata. hehe.. Lain orang, lain citarasa ye dok? Ok selamat bertomyam!





Misya : Tekak Melayu tetaplah nak 'rasa' Melayu.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1991