Salam semua. Sempena bulan September ini, sis baik hati nak lancarkan Special September Giveaway by Misya khas meraikan my wedding anniversary and birthday! Banyak hadiah sis nak bagi untuk follower-follower sis tak kisah dari blog, instagram mahupun facebook. Sebagai tanda menghargai sokongan uols kat sis yang sendu ni. hehe.. So, how to participate and win this GA? Actually sis akan bersiaran langsung (live) on Facebook malam ni jam 9.00pm untuk maklumkan cara-caranya. But special for rakan-rakan blogger here, sis launch dulu GA ni so that uols dah boleh draft dan hantarkan penyertaan. Jom support this GA!
First of all apa hadiah yang sis nak bagi?
1. Set lengkap berus makeup (10 batang) - yang suka melaram atau makeup tu confirm suka!
2. Inner (anak tudung) jenama Qainissa - inner ni lain daripada yang lain dan sangat-sangat best! Boleh view cara sis pakai inner ni di my Youtube channel
3. Set brooch berkilauan original from Sabah bah.
4. Sepasang blouse fishtail jenama Meamass (warna dark blue saiz SS). Sis pernah pakai this blouse warna hitam dipadankan dengan kain batik jawa, sangat-sangat nice..
5. Sepasang baju kurung pahang nan biru (kain satin tebal) jenama Busana Siti Hawa (saiz S). Lebih kurang macam model ni pakai.
Cantik kan?
So, guys walaupun hadiah-hadiah yang sis bagi ni semuanya barangan untuk wanita tak bermakna kaum Adam tak boleh join this GA tau. Mana tahu if menang bolehlah hadiahkan kepada isteri atau ibu atau anak atau girlfriens atau tunang or sesiapa as long as bukan bini orang. hehe.. Kalau penyertaan memberangsangkan insyaAllah sis akan tambah hadiah. :)
Acaner nak join? Tak susah pun. hehe..
Blogger
1. Follow blog saya - SINI , my IG - SINI dan my Youtube Channel - SINI. Wajib tau follow syarat ni if anda ada ketiga-tiga akaun ni. Saya akan check 1 by 1. hehe. How to check?
2. Sila like dan tinggalkan komen pada mana-mana gambar/ video di IG dan video di Youtube. Just mention "Support GA Misya" dan nama blog dalam komen okeys. (The best part, saya akan follow dan subscribe back your IG & YT)
3. Create entry bertajuk 'Special September Giveaway by Misya', copy banner GA di atas sekali dan backlink ke entry ini.
4. Nyatakan anda nak hadiah no. berapa dalam entry. (Jangan lupa tau!)
4. Komen link entry penyertaan di sini.
Sampai bile penyertaan dibuka? Sampai hujung bulan ni which is until 30 September 2020 jam 11.59 malam.
Yang takdak blog boleh join ka? BOLEH!!! As long as ada IG.
Instagram
1. Follow my IG @marvelousmisya
2. Like banner GA macam di atas
3. Komen 'Support GA Misya' dan no. hadiah yang anda inginkan. Tag 3 rakan instagram anda.
Ok, macam mana pemenang akan dipilih?
Cabutan bertuah akan dibuat by name of participant (dikumpul dari FB, IG dan Blog) untuk setiap hadiah yang dipilih. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh 1-2 minggu selepas GA tamat.
If ada hadiah yang tidak dipilih oleh peserta? Jadi milik sis la. Hahaha tidak.. Sis akan pilih secara random peserta yang tak menang untuk menerima hadiah tersebut. Okey jelas?
So, jemput view my FB Live malam ni jam 9.00 pm untuk memeriahkan lagi suasana pelancaran GA ni. TQ so much for the supports!:)
Misya : Nervous ada orang support ke tak.