Salam. Rezeki pagi ni dapat Keropok Ikan Berperisa yang sedap ni. Dah lama sebenarnya sis tak makan keropok ni. Tapi takdelah sampai mencari. Hari ni kebetulan bos baru masuk office, dia cuti beberapa hari sebab balik kampung di Kelate, so dia bagilah anak buahnya keropok ni as buah tangan. Memang ngam sambil wat kerja sambil mengunyah keropok ni. Kurang sikit rasa mengantuk. Hehe.
TQ Kak Afaf for this kudap-kudapan. As usual sedap dan rangup. Pedas-pedas manis. Ada 1 lagi jenis saya suka iaitu Keropok Ikan then disertakan sos keropok dalam bekas kecil. Sedap juga. Lama tak makan yang tu. But this one pun ok juga.
Misya : Husband peminat keropok lekor.